in , ,

Kemaskini Kandungan Tambahan Percuma Akan Hadir Dalam New Pokémon Snap

Siapa dah bersedia untuk menangkap lebih banyak fotografi kenangan dengan Pokémon? Kemaskini kandungan tambahan percuma akan hadir dalam New Pokemon Snap pada 3 Ogos 2021.


Kemaskini percuma ini akan membawa tiga kawasan tambahan dan 20 Pokémon baru. Perkara pertama yang ditunjukkan adalah Mew yang suka bermain melambai di kamera, ibarat mengatakan “Takkan korang boleh lupakan bos terakhir game asal Pokemon Snap?” Kawasan yang ditunjukkan kelihatan seperti kawasan yang diinspirasikan dari siri pertamanya di N64; Secret Side Path, Mightywide River, dan Barren Badlands.

Tidak juga ketinggalan sebuah mekanik baru yang sangat mengujakan di dalam kawasan Secret Side Path! Kalau korang pernah tengok ‘Honey, We Shrunk Ourselves’ pemain bakal mengecil dengan kenderaan Neo-One dan melihat pokemon kecil yang kini kelihatan seperti gergasi! Menyusup celahan rumput dan kagumi pokemon-pokemon di keliling persekitaran.

Kawasan Mightywide River membawa korang dalam pelayaran ala-ala tubing mengikut arus sambil mengambil gambar pokemon berenang dan berehat di tepi tebing. Laluan kawasan baru terakhir adalah Barren Badlands, di mana anda akan menerokai lembah berbatu merah yang indah. Onyx kelihatan mencucuk kepalanya keluar dari dinding gua tersebut.

Game ‘New Pokemon Snap’ sudah agak memadai untuk harga dan kandungan sedia ada, dengan penambahan baru ini akan membuat game ini lebih seronok untuk dimainkan kembali! Tiada siapa sangka penambahan akan berlaku apatah lagi secara percuma! Terima kasih Bandai Namco!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
SEKIRO: SHADOWS DIE TWICE: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

Pemain Ini Habiskan Sekiro: Shadows Die Twice Sambil Menutup Mata Dengan Kain

PUBG Untuk PC/Konsol Dilaporkan Sedang Dirancang Untuk Bertukar Ke Game Percuma