in ,

Kemaskini Ghost of Tsushima Tambah Difficulty Yang Lebih Payah, Mode Yang Lebih Mudah

Siapa yang merungut tempoh hari kata kombat dalam Ghost of Tsushima senang sangat? Ini ada kemaskini yang akan menyelesaikan ‘masalah’ korang itu.

Sucker Punch telah melancarkan kemaskini baharu untuk Ghost of Tsushima. Kemaskini 1.05 ini sudahpun boleh dimuat-turun oleh semua pemain.

Antara yang ditambah dalam kemaskini ini ialah tahap difficulty baharu iaitu Lethal. Melalui difficulty ini, kombat akan menjadi lebih berbahaya kerana kedua-dua senjata musuh dan senjata Jin Sakai juga akan memberikan damage yang lebih tinggi. Difficulty ini juga akan membuat musuh lebih agresif, mengesan pemain dengan lebih pantas dan tempoh Parry dan Dodge yang lebih singkat.

Selain itu, mereka turut mengeluarkan dua kemudahan (accessibility) untuk menambah keselesaan kepada para pemain yang inginkan gameplay yang lebih santai — iaitu Lower Intensity Combat dan keupayaan untuk mengubah teks.

Lower Intensity Combat boleh dikatakan seperti difficulty yang paling rendah untuk para pemain. Kombat akan terasa kurang tegang dan musuh lebih lambat untuk mengesan para pemain.

Antara keupayaan untuk mengubah teks ialah pilihan untuk menambah saiz sarikata dan segala teks di skrin sehingga 150% lebih besar daripada saiz asal. Kemudian, warna font sarikata juga boleh diubah kepada putih, kuning, biru, merah atau hijau.

Korang boleh baca nota penuh kemaskini ini yang dikeluarkan Sucker Punch di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Netflix Umumkan Siri Prekuel The Witcher – 1,200 Tahun Sebelum Geralt of Rivia

Gabe Newell: "Xbox Series X Lebih Bagus Daripada PlayStation 5"

Gabe Newell: “Xbox Series X Lebih Bagus Daripada PlayStation 5”