in , , , , , , ,

Kemaskini Genshin Impact 1.6 – Mengembara Bersama Klee Dalam Midsummer Island Adventure

Genshin Impact bakal memasuki kemaskini 1.6. Dengan kemaskini ini, Mihoyo membawakan beberapa buah event baharu, boss baharu dan banyak lagi.

Kaedehara Kazuha: Karakter Baharu Untuk Pengenalan Inazuma

Dari trailer yang diperlihatkan, Kazuha ialah karakter yang memakai elemen Anemo dan menggunakan pedang. Kazuha elemental skill iaitu Chihayaburu akan melepaskan arus angin yang boleh menarik apa-apa objek dan musuh ke arahnya. Pada masa yang sama, Kazuha akan berada di udara dan dia dia boleh melakukan Plunging Attack ke arah musuh yang ditarik oleh arus angin.

Manakala burst Kazuha akan melepaskan satu serangan pedang yang boleh menghasilkan dinding angin Anemo dan memerangkap mana-mana musuh yang berada dalam bulatan arus tersebut. Serangannya boleh dipertingkatkan apabila elemen Anemo bertindak balas dengan mana-mana elemen yang berada di medan pertarungan seperti Pyro, Cryo, Hydro atau Electro.

Kazuha juga memberikan buff tambahan kepada ahli kumpulan. Semasa reaksi Swirl diaktifkan, ahli pasukan akan diberikan serangan elemental tambahan kepada elemen masing-masing. Passive Talent Kazuha mengurangkan stamina yang diperlukan semasa berlari.

Di dalam Archon Quest terbaru, pemain akan mengenali dengan lebih dekat mengenai Kazuha dan juga apa yang terjadi di Inazuma. Dan tidak lupa juga, Beidou akan membuat kemunculan pertamanya dalam quest baharu ini.

Boss Baharu: Maguu Kenki

Dengan Kazuha sebagai karakter pertama kepada pengenalan Inazuma. Begitu juga dengan Maguu Kenki sebagai world boss pertama bertemakan Inazuma. Bagi pemain yang ingin mendapatkan Kazuha, mereka perlu berdepan dengan boss ini untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

Malah, Maguu Kenki juga muncul dalam event Legend of the Vagabond Sword bersama-sama dengan Oceanid dan Primo Geovishap. Event ini membolehkan pemain mengubahsuai tahap kepayahan dan juga tetapan lain mengikut kehendak pemain. Namun, lagi tinggi tahap kepayahan, lagi tinggi markah yang boleh dicapai.

Banner karakter: Klee dan Kazuha

Banner Klee akan dimulakan terlebih dulu sebagai karakter lima bintang Pyro yang menggunakan senjata catalyst. Banner Klee juga merupakan banner rerun selepas kemunculan pertamanya pada bulan Oktober tahun lepas. Banner Klee akan berada selama 2 atau 3 minggu sebelum banner Kazuha sampai.

Skins karakter: Jean dan Barbara

Kemaskini 1.6 memperkenalkan sistem skin. Skin Summertime Sparkle Barbara boleh didapati secara percuma melalui event Echoing Tales. Manakala, skin Sea Breeze Dandelion Jean perlu dibeli melalui shop dengan harga 1350 Genesis Crystals.

Event di atas pulau-pulau baharu

Kemaskini ini juga memperkenalkan kawasan baharu pulau-pulau yang berdekatan dengan wilayah Inazuma. Terdapat pelbagai event yang disediakan antaranya pemain boleh memandu bot untuk menembak musuh dan mengumpul coins. Dalam mode co-op juga, pemain boleh memandu bot masing-masing bersama-sama dengan pemain lain.

Event ini juga akan disediakan shop yang memberikan pelbagai ganjaran dan antara item yang boleh diambil ialah senjata empat bintang catalyst “Dodoco Tales”. Selain itu, terdapat juga minigames lain yang disediakan dengan ganjaran seperti Mora, Hero Wits dan Primogems.

Penambahan lain

Untuk Serenitea Pot pula, pemain kali ini boleh membawa masuk 8 karakter ke dalam rumah yang telah didekorasi oleh pemain. Karakter yang berada dalam Serenitea Pot juga akan mendapat Character Companionship Experience dan juga boleh meningkatkan Adeptal Energy Rank.

Untuk memburu raksasa dalam world, Adventurer Handbook kini berguna apabila selepas pemain menewaskan raksasa, raksasa yang sama akan ditunjukkan dalam peta di kawasan lain. Pemain tidak perlu lagi perlu membuka Adventurer Handbook untuk klik semula butang navigate untuk raksasa seterusnya. Domain juga akan menyediakan informasi previu tentang raksasa apa yang perlu pemain berdepan. Ini bagi memudahkan pemain untuk bersedia sebelum masuk ke dalam domain.

Inazuma lebih dekat

Mihoyo juga memaparkan beberapa concept arts untuk wilayah akan datang iaitu Inazuma.

Seirai Island
Narukami Island
Tsurumi Island

Kemaskini 1.6 akan dilancarkan ke dalam Genshin Impact pada 9 Jun 2021. Namun, Inazuma tidak akan termasuk dalam kemaskini ini, malah mereka belum umumkan sama ada Inazuma akan dibawakan ke dalam kemaskini 1.7 ataupun tidak.

Sumber: xda

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan 10 Minit Gameplay Pertama Far Cry 6 – Selamat Datang Ke Yara, Pulau Di Caribbean

Pelakon Marlene Dari Game The Last of Us Akan Bintangi Watak Sama Dalam Siri HBO