in , , , , ,

Kemaskini Besar Terbaru Fortnite Battle Royale Akan Dikeluarkan Hari Ini, Saksikan Trailer Memaparkan Lokasi Baru

Bersedia untuk perubahan  besar dalam Fortnite pada hari ini?

Korang semua pasti sudah tahu tentang kemaskini paling besar yang bakal dibawakan ke dalam Fortnite Battle Royale. Terbaru, Epic Games telah mengumukan bahawa kemaskini itu akan dikeluarkan pada hari ini.

Bersama-sama dengan pengumuman, mereka telah mengeluarkan nota patch bagi versi 2.2.0 ini.

Menjadi fokus utama dalam kemaskini ini pastinya adalah penambahan bandar dan lokasi baru dalam map sedia ada. Trailer khas yang memperlihatkannya juga telah dikeluarkan dan korang boleh saksikannya di bawah:

Antara perubahan dan penambahbaikan lain yang perlu korang tahu ialah kini, ‘friendly fire’ telahpun ditutup dalam semua game mode. Epic menyatakan yang mereka masih lagi mencuba perkara ini, dan ia mungkin akan kembali kepada asal bergantung kepada maklumbalas daripada para pemain.

Selain itu, voice chat kini boleh digunakan semasa pemain berada di lobby sebelum masuk ke dalam game. Sebelum ini, pemain hanya boleh menggunakan voice chat apabila sudah berada dalam game.

Di samping itu, kini, apabila membunuh menggunakan sniper, pemain akan dapat tahu jarak yang dikenakan terhadap pemain lawan itu.

Kemudian, antara kesan visual yang ditambah adalah rumput akan kelihatan bergerak apabila pemain melaluinya dan percikan air akan kelihatan apabila pemain keluar atau masuk ke dalam permukaan air.

Akhir sekali, dengan pelancaran kemaskini ini, ia menandakan yang tema musim sejuk telah berakhir. Segala kandungan yang bertemakan musim sejuk seperti grenade launcher salji, supply drop “hadiah”, pokok krismas dan skrin lobby yang bertemakan musim sejuk akan dibawa keluar dari game.

Itu hanyalah beberapa pembaharuan yang kami rasa menarik. Korang boleh baca nota patch ini secara penuh di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tencent Dilaporkan Telah Membantu Pihak Polis China Untuk Menangkap 120 Pencipta Cheat PUBG

Takayuki Hamada Dirasuk Menjadi “Raksasa” Dalam Video Baru PlayStation Jepun Untuk Monster Hunter: World