in , ,

Kemaskini Besar PS5 Dilancarkan Hari Ini, Boleh Main, Simpan Game PS5/PS4 Dari Storan M.2 SSD

Sony bakal melancarkan kemaskini besar kedua untuk PlayStation 5 pada hari ini untuk pengguna seluruh dunia.

Penambahan utama dalam kemaskini terkini ini tentunya adalah kebolehan untuk menambah storan PS5 dengan menggunakan M.2 SSD, iaitu storan berkelajuan tinggi yang boleh dipasangkan ke kedua-dua PS5 Disc Edition dan Digital Edition.

Apabila sudah dipasangkan, storan M.2 SSD ini boleh digunakan secara terus untuk memuat-turun, menyalin, dan melancarkan serta memainkan game-game PS5 dan PS4 serta aplikasi-aplikasi media.

Di samping itu, PS5 turut akan membawakan sokongan audio 3D untuk pembesar suara terbina TV, penambahbaikan dan pengubahsuaian Control Center dan Game Base, paparan versi game PS4 dan game PS5 yang berasingan di menu dan Library serta lain-lain.

Kemudian, kemaskini aplikasi telefon pintar PlayStation pada minggu hadapan akan membenarkan pengguna menonton Share Screen di Party, yang mana skrin game dikongsikan oleh pemain PS5 dalam masa-nyata (real-time).

Korang boleh baca sendiri butiran penuh setiap penambahan baharu yang terdapat dalam kemaskini utama September ini di PlayStation Blog.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 22: Messi Masih Pemain Paling Tinggi Rating, Lewandowski Tolak Ronaldo Jatuh Nombor 3

Star Wars: Hunters Kongsi Trailer Sinematik Pertama, Memperkenalkan Beberapa Karakter Utama