Setelah kira-kira lima bulan selepas pelancaran, Sony mengeluarkan kemaskini besar pertama untuk PS5 yang turut mempengaruhi PS4 dan PlayStation App.
Simpan Game PS5 Dalam External USB Drive
Pertama sekali, bermula hari ini, pemain dibenarkan untuk memindahkan dan menyimpan game-game PS5 dari storan dalaman konsol PS5 ke dalam external USB drive.
Harus diingat, pemindahan ini hanya untuk penyimpanan sahaja. Disebabkan PS5 dicipta untuk mengambil kelebihan SSD yang pantas, game-game PS5 ini tidak boleh memainkan game tersebut terus dari external USB drive. Apabila ingin bermain game yang berada dalam external USB drive itu, pemain perlu memindahkan terlebih dulu game tersebut dalam storan dalaman konsol PS5.
Sony mengatakan yang memindahkan game yang berada dalam external USB drive adalah lebih pantas berbanding muat-turun semula (dari PS Store) atau install game itu dari disk fizikal.
Fungsi ini juga membenarkan game-game PS5 itu terus dimuat-turun ke dalam external USB drive (tanpa perlu muat-turun dulu ke dalam storan dalaman PS5).
Untuk info lanjut tentang penggunaan external USB drive dalam PS5, korang boleh baca soalan lazim (FAQ) yang disediakan di pautan ini.
Share Play Antara PS4-PS5
Kedua, Sony kini membenarkan pemain di PS4 dan PS5 boleh mengadakan sesi Share Play bersama. Sebelum ini, hanya mereka yang menggunakan konsol generasi yang sama boleh menggunakan fungsi ini.
Sama seperti Share Play sebelum ini, pemain PS4-PS5 kini boleh berkongsikan skrin antara sama lain, ‘meminjamkan’ controller kepada pemain kedua secara maya, dan bermain bersama sebagai pemain kedua.
Bagi yang tidak biasa menggunakan fungsi ini, ia umpama local co-op, namun dilakukan secara online. Bermakna, pemain boleh main sebagai pemain kedua tanpa perlu ada game tersebut.
Laras Mikrofon Orang Lain
Satu lagi ciri baharu yang agak menarik adalah pemain kini dibenarkan untuk melaraskan kekuatan suara mikrofon setiap pemain lain yang ada dalam chat sama. Oleh itu, pemain tidak perlu meminta rakan-rakan untuk menaikkan atau menurunkan volume mikrofon kerana kita boleh lakukan sendiri di bahagian kita.
PlayStation App
Sony mengatakan yang dalam beberapa minggu akan datang, mereka akan melancarkan fungsi baharu di PlayStation App, antaranya keupayaan untuk menyertai sesi multiplayer dari aplikasi telefon pintar itu, mengurus storan konsol PS5 dan banyak lagi.
Korang boleh baca kenyataan penuh Sony mengenai kemaskini PS5 baharu ini di PlayStation Blog.
Comments
Loading…