in , ,

Kemaskini Besar Pertama Fall Guys Bawakan Pelbagai Penambahbaikan Diingini Ramai

Kira-kira tiga minggu selepas pelancaran Fall Guys: Ultimate Knockout, Mediatonic bakal mengeluarkan kemaskini besar pertama yang membawakan pelbagai permintaan yang diingini ramai.

Antara yang paling diraikan ialah memperbaiki algoritma di mana sekiranya bilangan pemain yang masih hidup adalah ganjil, pusingan baharu tidak akan memberikan game yang berpasukan. Ini semestinya satu kritikan sejak hari pertama lagi yang akhirnya telah diambil kira kerana apabila jumlah pemain tidak seimbang, ia menyukarkan permainan yang adil.

Kemudian, seperti yang kami sebutkan dalam review, Fall Guys kelak akan memaparkan terus rakan-rakan yang masih hidup dalam Party sama apabila pemain sudah tersingkir. Tidak perlu lagi untuk mencari satu per satu pemain lain yang ramai sehingga kita dapat menyaksikan (spectate) rakan kita.

Selain itu, mereka juga telah memperbaiki eksploitasi yang pernah kami laporkan sebelum ini — iaitu mengubah geometri lantai dalam Jump Showdown, membuatkan pemain tidak lagi mampu bergayut di hujung lantai.

Mereka menyatakan yang kemaskini ini akan dilancarkan pada minggu hadapan. Tiada tarikh tepat didedahkan buat masa ini.

Korang boleh baca semua perubahan yang akan disajikan dalam kemaskini baharu ini di tweet di bawah.

https://twitter.com/FallGuysGame/status/1297497860339109888?s=20

Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan Trailer Pertama Suicide Squad: Kill the Justice League, Turut Ada Superman

Saksikan Trailer Pertama Suicide Squad: Kill the Justice League, Turut Ada Superman

Ikea Taiwan Keluarkan Katalog 2021 Bertemakan Animal Crossing

Ikea Taiwan Keluarkan Katalog 2021 Bertemakan Animal Crossing