in , ,

Kemaskini Baru The Witcher 3 Bawakan Cross-Progression Antara PC Dan Nintendo Switch

Pindahkan save file korang dari PC ke Switch, dan sambung pengembaraan Witcher korang di mana-mana bersama Switch.

The Witcher 3: Wild Hunt di Nintendo Switch telah mendapat kemaskini baharu seperti beberapa opsyen grafik, kawalan sentuh untuk Gwent, dan yang paling menarik perhatian ramai ialah keupayaan untuk memindahkan progression yang telah dicapai pemain di platform PC ke Switch.

Untuk memindahkan save file dari PC, di menu utama di Switch, pergi ke ‘Cloud Saves’ dan terdapat dua platform yang boleh dipindahkan iaitu dari Steam dan GOG. Pemain akan dapat lihat kesemua save file yang ada di PC (sekiranya ada lebih daripada satu save file).

Selain itu, save file dari Switch juga boleh dinaikkan ke Steam cloud, dan sambung pula progression tersebut di PC.

Menurut USGamer, CD Projekt Red juga telah mengesahkan bahawa fungsi ini direka secara spesifik untuk Switch, dan tiada perancangan untuk melancarkannya ke platform PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Witcher: Poland Keluarkan Setem Dengan Muka Geralt! Gila Rare!

Jualan The Witcher 3 Meningkat 554% Selepas Tayangan Siri TV Di Netflix

Naughty Dog Nafikan Penglibatan Secara Langsung Dalam Pembikinan Filem Uncharted

Filem Uncharted Akan Ambil Banyak Inspirasi Dari Game Uncharted 4, Kata Tom Holland