in , ,

Kemaskini Baru PUBG Untuk Xbox One Menambah Pilihan Butang Controller Terbaru Dan Banyak Lagi

Dalam post rasmi di forum PlayerUnknown’s Battlegrounds, para pemain boleh lihat nota-nota patch untuk kemaskini yang akan datang untuk versi konsol.

Perubahan yang paling ketara dapat dilihat dalam patch tersebut adalah pilihan butang controller baru dalam pilihan menu. Dengan pilihan baru ini, pemain boleh menggunakan butang kiri (LT) untuk membidik senjata dan butang kiri di bawah (LB) untuk membidik dari perspektif third-person. Perubahan lain yang dilakukan ke atas gameplay adalah seperti penambahbaikan bug dan peningkatan pengoptimuman.

Pistol sekarang telah dibuang dari butang menukar senjata (Y) dan telah dikumpulkan bersama dengan senjata melee. Pemain dengan pantas boleh mengeluarkan pistol dengan menekan pada butang D-pad. Juga, akan ada penambahbaikan kepada rubber banding pemain dan juga prestasi server yang dipertingkatan apabila menggunakan payung terjun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, korang boleh baca di sini.

PUBG Corp. ada menyebut beberapa isu yang akan ditangani dalam patch seterusnya seperti objek yang dijatuhkan yang menyebabkan pemain untuk menukar senjata dan juga masalah yang pemain hadapi apabila menukar jenis grenade. Pada awal minggu ini, telah didedahkan bahawa PUBG telah meraih sebanyak 3 juta pemain di Xbox One pada penghujung tahun 2017.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sesi Open Beta Dragon Ball FighterZ Mungkin Akan Dipanjangkan Kerana Isu Sambungan Online Sejak Semalam

PM Najib Iktiraf Esport Sebagai Industri Baru Negara, MCG 2018 Kini Pemegang Malaysia Book of Records