Salah satu kejengkelan yang sering dialami oleh para pemain FIFA 21 ialah bagaimana kita terlalu kerap mendapat kad kuning, walaupun kekasaran yang dilakukan tidaklah sepatutnya menerima kad kuning.
Terkini, dalam kemaskini terbaharu, EA Sports telah memperbaiki (baca: mengurangkan) kekerapan pengadil memberikan kad kuning kepada para pemain. Setalah bermain FIFA 21 dalam kemaskini baharu dalam dua hari ini, kami boleh katakan ya, ia telah diperbaiki kepada yang sepatutnya.
Selain itu, EA Sports juga telah menambahbaik situasi di mana pengadil gemar meniup wisel penamat/separuh masa ketika salah satu pasukan sedang rancak menyerang, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pengadil dalam bola sepak sebenar. Kadang-kala, ada pemain yang sudah hampir menjaringkan gol, tetapi wisel penamat ditiup pengadil pada saat akhir.
Banyak lagi sebenarnya yang diperbaiki dalam kemaskini terbaharu ini, dan korang boleh baca nota patch penuhnya di sini.
Comments
Loading…