in , ,

Kemaskini Baharu Ghost of Tsushima Pada 16 Oktober – Co-Op, New Game+ Dan Banyak Lagi

Pada Ogos lalu, Sucker Punch telah mendedahkan yang Ghost of Tsushima bakal disajikan dengan satu mode co-op serba baharu. Terkini, mereka telah berkongsi lanjut dan mendedahkan tarikh pelancarannya.

Kemaskini versi 1.1 Ghost of Tsushima akan dilancarkan pada 16 Oktober ini — membawakan dua kandungan utama baharu iaitu Legends dan New Game+.

Seperti yang sudah didedahkan sebelum ini, Legends merupakan mode online co-op yang dibawakan secara percuma untuk pemain sedia ada Ghost of Tsushima. Untuk kemaskini ini, dua seksyen akan ditampilkan dalam Legends iaitu story mission untuk dua pemain dan survival mission untuk empat pemain.

Satu lagi seksyen, iaitu Raid akan dibawakan ke dalam Legends, namun bukan dalam kemaskini kali ini.

Dalam satu post terbaharu di PlayStation Blog, mereka telah berkongsi lanjut tentang empat Class unik yang ada dalam Legends — Samurai, Hunter, Ronin dan Assassin. Keempat-empat pemain boleh saja memilih untuk menggunakan Class yang sama atau berlainan, bergantung kepada strategi masing-masing.

Kemaskini Baharu Ghost of Tsushima Pada 16 Oktober - Co-Op, New Game+ Dan Banyak Lagi

Lebih menarik, Photo Mode akan turut dibawakan ke dalam Legends. Maka, dapatkan gear paling gempak, dan bergambar bersama rakan-rakan.

Sucker Punch turut mengesahkan bahawa Legends tidak akan menampilkan sebarang pembelian dalam game (microtransactions). Semua kosmetik yang ditawarkan hanya boleh didapati dengan bermain mode ini.

Kemaskini Baharu Ghost of Tsushima Pada 16 Oktober - Co-Op, New Game+ Dan Banyak Lagi

Kemudian, bagi pemain yang masih belum puas dengan story dan gameplay yang ada dalam single-player, New Game+ turut akan disajikan dalam kemaskini ini. Sama seperti New Game+ dalam mana-mana game, pemain dapat mainkan mode ini selepas menghabiskan game ini buat pertama kali — dan semua Techniques, Gear, dan Vanity akan dibawa ke dalam New Game+, bersama-sama dengan difficulty yang lebih sukar.

New Game+ turut menawarkan kuda, pelana kuda, Merchant dan Charms baharu, serta upgrade lebih tinggi untuk pedang, panah dan armor.

Kemaskini Baharu Ghost of Tsushima Pada 16 Oktober - Co-Op, New Game+ Dan Banyak Lagi

Di samping itu, Sucker Punch juga membawakan satu ciri yang diminta ramai pemain — iaitu preset loadout yang mana pemain boleh setkan beberapa penampilan Jin Sakai dan bertukar-tukar antara loadout tersebut tanpa perlu menukar satu per satu item.

Korang boleh baca lebih lanjut tentang kemaskini versi 1.1 ini di PlayStation Blog.

Ghost of Tsushima kini boleh dimainkan di PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PS5: Butang 'X' Akan Menjadi Butang 'Confirm' Di Seluruh Dunia

PS5: Butang ‘X’ Akan Menjadi Butang ‘Confirm’ Di Seluruh Dunia

Need For Speed: Hot Pursuit Remastered Dilancaran 13 November, Cross-Play PC, PS4, Xbox One, Switch

Need For Speed: Hot Pursuit Remastered Dilancaran 13 November, Cross-Play PC, PS4, Xbox One, Switch