in , ,

Kemaskini 3rd Class Bawa Banyak Tahap Kuasa Baru Dalam Ragnarok X: Next Generation

Setelah menerima banyak permintaan daripada para pemain, Nuverse dan Madeviral akhirnya mengumumkan pelancaran sistem 3rd Class dalam Ragnarok X: Next Generation.

Melalui kemaskini baharu ini, para pemain juga akan disajikan dengan pelbagai senjata, armor, dan skill baharu.

Berikut ialah senarai penuh 3rd Class yang akan dibawakan dalam kemaskini ini:

Ranger: Pakar dalam memanah dan perangkap, Ranger cemerlang dalam memusnahkan armor musuh dengan banyak perangkap elemental, dan kemudian menamatkan mereka dengan skill memanah yang berkuasa.

Warlock: Memiliki elemental magik pemusnah. Warlock mempunyai akses kepada jampi-jampi bahaya yang mampu mengkerdilkan kuasa High Wizard. Dari ribut petir yang mengesan sasaran hinggalah kepada magik letupan membeku, Warlock menggunakan mekanisme “Elemental Orbs” yang unik untuk menggabungkan kuasa-kuasa pelbagai elemen bagi menghapuskan sesiapa dalam medan perang.

Archbishop: Jelmaan hakiki kepada class Priest, Archbishop merupakan kuasa hebat untuk magik sokongan dan rawatan, yang mampu membawa kesemua pihak kembali daripada di ambang kematian bagi meneruskan pertarungan dengan lebih kuat daripada sebelumnya.

Rune Knight: Mara ke medan tempur menunggang Ferus, Rune Knight menggabungkan skill menyerang yang berkuasa dengan ketahanan yang tiada bandingan, menghukum mana-mana musuh yang berharap untuk terus kekal berdiri menentangnya.

Guillotine Cross: Mahir dalam seni-seni pembunuhan dan keracunan yang terlarang, Guillotine Cross menghidangkan hentakan maut dari bayangan, menamatkan nyawa musuh sebelum mereka sempat berbuat apa-apa. Jangan anggap kesukaannya untuk bergerak secara senyap bermakna mereka tidak mampu bertahan dalam kombat, tapi skill canggih membenarkan mereka menghalang mana-mana serang fizikal terhadap mereka.

Mechanic: Apa yang lebih hebat daripada terjah ke dalam medan tempur memakai mech suit, dan Mechanic akan membenarkan pemain melakukannya. Bukan sekadar memberikan pertahanan yang ampuh, Mechanic juga mampu memusnahkan musuh dengan Vulkan Arm, atau menyediakan rakan-rakan dengan kuasa tambahan ketika dalam Support Mode.

Bagi mengakses 3rd Class Jobs ini, para pemain perlu terlebih dulu mencapai Job Level 70 atau lebih. Selepas mengambil quest di Glast Heim Churchyard, pemain akan perlu masuk ke dalam Glast Heim dan melengkapkan tiga ujian.

Clock Tower Dalam Map Baru!

Bersama-sama dengan sistem 3rd Class, kemaskini terbaharu ini turut memperkenalkan map Lv. 100 baharu, digelar Al De Baran.

Menampilkan Clock Tower yang terkenal daripada Ragnarok Online yang asal, map ini memberikan para pemain peluang untuk menguji kuasa-kuasa baru yang ditemui menentang musuh-musuh yang selayaknya, dengan bermacam bos-bos baharu seperti Morroc, Chimera, Time Holder, Mysteltainn, dan Owl Duke.

Tambahan lagi, para pemain juga boleh menikmati, beberapa fungsi lain seperti Refinement Protection Stone, yang mana akan memastikan barangan-barangan berharga mereka tidak berkurang dari segi refinement level selepas naiktaraf yang gagal. Selain itu, ada juga fungsi baharu lain seperti Enchantment Conversion dan Elite Slots yang akan membantu para pemain meningkatkan kuasa-kuasa mereka ke tahap-tahap baharu.

Menangi Hadiah Menarik

Bagi memeriahkan lagi kemaskini baharu ini, ROX akan memperkenalkan acara giveaway istimewa, dengan bermacam hadiah menarik termasuklah sebuah iPhone 13 Pro Max, $100 Razor Bonus Gold, Rare Mount Cards dan banyak lagi.

Pemain hanya perlu melengkapkan event quest bersama rakan-rakan. Pemain-pemain lama juga boleh menikmati 10x draw percuma.

Korang boleh muat-turun secara percuma Ragnarok X: Next Generation untuk iOS di sini, dan Android di sini.

ROX Cloud Gaming Kini Dilancarkan Secara Rasmi

ROX Cloud Gaming telah dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac lalu. Para pemain boleh log masuk ke dalam platform cloud dari laman pra-pendaftaran ROX 3rd Class, dan mainkan ROX tanpa perlu memuat-turunnya. Kini ROX Cloud Gaming tersedia untuk PC.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Acara E3 2022 Dibatalkan, Masih Rancang Untuk Kembali Tahun Depan

Microsoft Dilaporkan Akan Memperkenal Pelan Keluarga Xbox Game Pass Sehingga 5 Pemain