Bend it like Beckham.
Meletakkan pemain bola sepak yang sudah bersara di muka hadapan sesebuah game bola sepak akan datang mungkin tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat penerbit. Tetapi, itulah yang dibawakan Konami dalam PES 2019 kali ini.
Bekas pemain antarabangsa England, David Beckham akan menjadi muka hadapan PES 2019 bersama-sama dengan bintang Brazil kini, Philippe Coutinho. Selepas mengeluarkan trailer E3 2018 yang begitu rancak, Konami mengeluarkan pula trailer khas yang menampilkan David Beckham.
Video mempamerkan sesi imbasan 3D wajah dan pergerakan Beckham untuk dimasukkan ke dalam game. Ia diselang-selikan antara wajah/pergerakan sebenar dengan wajah/pergerakan dalam game bagi memperlihatkan betapa realistikanya PES 2019 ini nanti.
Korang boleh saksikannya di bawah:
PES 2019 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 30 Ogos ini.
JomBaca: Saksikan Gameplay Penuh Pertama PES 2019 Di E3 2018 – Barcelona VS Liverpool!
PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019
Deposit RM50 SAHAJA
FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)
Comments
Loading…