in ,

Kelajuan Internet Akan Ditukar Kepada 128kbps Selepas Kuota 60GB Unifi Basic Habis

Berjanggut nak tunggu.

Kita telahpun mengetahui tentang kuota 60GB sebulan yang ditawarkan dalam pelan terbaru Unifi Basic. Sebelum ini, kami telah melaporkan yang apabila kuota tersebut habis, kelajuan asal 30Mbps akan dikurangkan kepada satu kelajuan yang masih belum diumumkan pada ketika itu.

Terbaru, Telekom Malaysia (TM) telah mengemaskini FAQ untuk pelan ini (terima kasih Amanz), mendedahkan berapakah kelajuan yang akan digunakan para pelanggan selepas kuota 60GB itu habis. Ya, kelajuan internet tersebut ialah 128kbps.

Buat masa ini, tiada pelan untuk pelanggan Unifi Basic menambah kuota sekiranya ia habis. Maksudnya, pelanggan perlu menunggu sehingga tarikh 1 haribulan untuk kuota tersebut kembali reset kepada 60GB semula.

Apa je gamers boleh buat dengan kelajuan 128kbps? Sah-sahlah nak main game online pun tak boleh. Bertabahlah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sesi Open Beta Battlefield V Akan Diadakan Pada Awal September Ini

EA Sports Muat-Naik Gambar Ronaldo Memakai Jersi Juventus – Pertukaran Muka Hadapan FIFA 19 Yang Baru?