Setelah pihak polis meminta SKMM memainkan peranan lebih proaktif dalam mengawal game online, serta Mufti Negeri Sembilan mahu kerajaan mengharamkan PUBG — Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah tampil ke hadapan bagi menjelaskan tentang perkara ini.

Beliau mengatakan bahawa video game tidak patut dipersalahkan atas keganasan yang berlaku pada hari ini. Menyangkal sesetengah pihak yang percaya sebegitu, Saddiq menekankan bahawa keganasan didorong oleh ideologi ekstrem, lapor MalaysiaKini.

Beliau membalas dakwaan-dakwaan ini dengan mangatakan bahawa kekerasan dan keganasan sudahpun wujud lama sebelum kehadiran PUBG.

“Adakah itu bermaksud kita perlu mengharamkan kesemua game yang mempunyai elemen menembak? Saya rasakan yang (masalah ini) lebih besar daripada itu. Marilah kita menghormati mangsa yang terlibat.”

“Jangan letakkan salah kamu pada satu sebab sahaja,” ujar beliau.

Perkaitan antara video game dan keganasan kembali hangat diperkatakan apabila pengganas yang telah menembak mati sekurang-kurangnya 50 individu di Christchurch, New Zealand itu merupakan seorang yang gemar bermain video game.

JomKomen!