Sejak sekian lama, Call of Duty League, iaitu kejohanan rasmi untuk game shooter popular dari Activision itu, sentiasa diadakan di platform PlayStation. Walau bagaimanapun, bermula tahun hadapan, mereka akan mengadakan perubahan platform.
Bermula tahun 2021, Call of Duty League akan dilangsungkan di platform PC. Namun, apa yang aneh ialah kejohanan tersebut tidak akan menggunakan keyboard dan mouse, sebaliknya tetap akan kekal menggunakan controller sepertimana ketika ia diadakan di PS4.
Penamatan kejohanan ini dimainkan secara eksklusif di konsol menandakan yang mereka juga akan membuka fungsi cross-play untuk Call of Duty Challengers, iaitu pusingan kelayakannya. Pemain boleh memasuki kejohanan sama ada bermain di konsol atau di PC, yang penting hanya menggunakan controller.
Malah, pemain tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan apa jua jenis controller. Mereka mengatakan yang controller yang digunakan mestilah yang diluluskan oleh penganjur kejohanan, yang mana spesifikasi controller itu akan didedahkan tidak lama lagi.
Korang boleh baca kenyataan rasmi Activision mengenai perkara ini di pautan ini.
Comments
Loading…