Kira-kira dua bulan dari sekarang, satu kejohanan esports besar-besaran akan berlangsung di Terengganu.
Pemuda PAS Dun Sura bakal menganjurkan sebuah kejohanan esports yang digelar Dungun Mega Esport Games pada bulan 20 dan 21 Mac 2020 di Arena Square, Dungun, Terengganu. Kejohanan ini turut mendapat kerjasama KuppyStation dan Dacses Gaming.
Paling menarik, kejohanan yang mempertandingkan Mobile Legends, PUBG Mobile, dan PES 2020 ini menawarkan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak RM35,100. Jumlah ini akan dibahagikan samarata kepada tiga, bermakna setiap game akan menawarkan hadiah sebanyak RM11,700.
Untuk butiran lanjut, korang boleh lihat poster di bawah, atau terus mendaftar melalui pautan-pautan di bawah menurut game yang korang ingin sertai.
Comments
Loading…