Sebuah kejohanan video game di Florida, Amerika Syarikat telah bertukar kepada tragedi apabila salah seorang pesertanya mula menembak kepada orang ramai.

Dua maut dan lebih daripada 12 orang cedera apabila terkena tembakan suspek yang bernama David Katz, 24 tahun, berasal dari Baltimore. Kejadian dilaporkan berlaku semasa livestream sedang berlangsung, lapor Independent.co.uk.
Pihak polis melaporkan bahawa suspek turut ditemui mati di tempat kejadian, dikatakan kerana cedera terkena tembakannya sendiri — menjadikan jumlah maut di tempat kejadian adalah tiga.
Semasa livestream, kelihatan laser merah di dada salah seorang pemain, beberapa detik sebelum beberapa bunyi tembakan kedengaran. Siaran tersebut kemudian dihentikan.
Kejohanan tersebut merupakan pusingan kelayakan game Madden 19 di wilayah Jacksonville, secara spesifik diadakan di dalam GLHF Game Bar, di dalam sebuah restoran Chicago Pizza.
Menurut laporan seorang pengguna Facebook yang kini telah viral, suspek dikatakan mula menembak beberapa peserta lain kerana tidak boleh menerima kekalahan di atas pentas. Nama gaming Katz ialah “ravens2012champs”.
Comments
Loading…