Seperti yang kita sedia maklum, sejak kewujudannya, Microsoft tidak pernah membawa masuk produk Xbox secara rasmi ke pasaran Malaysia. Kebiasaannya, kedai-kedai game tempatan akan membawa unit import dari negara jiran, Singapura untuk dijual di pasaran tempatan.
Terbaharu, Impulse Gaming, salah satu kedai game tersohor tempatan telah mengumumkan yang mereka bakal membuka pra-tempah untuk dua edisi Xbox yang bakal dilancarkan tidak lama lagi — iaitu Xbox Series X dan Xbox Series S.
Mereka sekaligus telah mengumumkan harga untuk kedua-dua konsol ini, yang mana mereka akan menjual Xbox Series X pada harga RM2,199, manakala Xbox Series S pula pada harga RM1,499. Pembelian konsol ini akan mendapat waranti daripada Microsoft Singapura selama setahun.
Sebagai perbandingan, harga rasmi yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk Series X ialah USD499 (sekitar RM2,077) dan Series S ialah USD299 (sekitar RM1,245).
Apa pandangan korang? Harga yang munasabah ditawarkan oleh Impulse Gaming?
Comments
Loading…