in ,

Kedai-Kedai Tempatan Juga Umumkan Pra-Tempah PS5 Sudah Penuh, Stok Tiba Pada 15 Januari

Hari ini merupakan hari yang sibuk untuk komuniti PlayStation tempatan. Kita dah tahu bahawa hanya 30 unit pra-tempah PS5 dibuka di salah satu Sony Store oleh Sony Malaysia.

Selain mendapatkan PS5 dari Sony Store, cara untuk mendapatkan konsol terkini itu secara rasmi adalah dari kedai-kedai yang disahkan oleh Sony Malaysia. Antaranya ialah Impulse Gaming dan HeavyArm Store.

Daripada perkongsian Facebook kedua-dua kedai ini, mereka telah mengumumkan bahawa kesemua unit pra-tempah yang mereka buka dalam kelompok kedua ini, kini sudahpun penuh kerana unit-unit itu telah diberikan terus kepada mereka yang sudah meletakkan nama dalam senarai menunggu.

Stok-stok baharu PS5 ini akan mula tiba di kedai mereka pada 15 Januari 2021.

Apa yang membuatkan para pelanggan setia Impulse Gaming kecewa ialah kedai itu tidak mengumumkan langsung sebelum ini bahawa mereka menyediakan senarai menunggu yang boleh pelanggan daftar.

Sebagai salah seorang pelanggan setia Impulse Gaming, penulis juga kecewa dengan tindakan Impulse Gaming ini kerana penulis memang membuka Facebook mereka pada setiap hari untuk menjadi orang pertama yang meletakkan nama sekiranya mereka membuka senarai menunggu.

Untuk HeavyArm Store pula, rata-rata pelanggan mereka tidaklah terlalu kecewa kerana kedai itu sebelum ini pernah mengumumkan yang mereka telah membuka senarai menunggu untuk pra-tempah PS5.

HeavyArm Store juga mendedahkan yang mereka tidak lagi akan menerima senarai menunggu baharu kerana beberapa kelompok PS5 seterusnya akan diberikan kepada senarai menunggu sedia ada — menandakan sememangnya sangat ramai pelanggan yang sudah diletakkan dalam senarai menunggu kedai itu.

Setakat artikel ini ditulis, JomGaming hanya menemui dua kedai rasmi tempatan ini yang memberikan perkembangan terkini pra-tempah PS5 untuk kedai masing-masing.

Bila pula kelompok PS5 seterusnya bakal tiba?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hanya 30 Unit Pra-Tempah PS5 Dibuka Di Salah Satu Daripada 2 Sony Store Malaysia

Epic Games Store Beri Percuma Star Wars Battlefront 2 [KEMASKINI]