in ,

Kedai Game Di Jepun Tulis Nama Pembeli Di Kotak PS5 Untuk Bendung Scalper

Hampir setahun PlayStation 5 dilancarkan dan Sony masih belum mampu menghalang kegiatan menjual semula konsol generasi terkini itu dengan harga melambung tinggi, atau kita panggil golongan ini sebagai scalper.

Oleh itu, satu kedai di Jepun, Nojima Denki telah mengambil inisiatif sendiri untuk membendung sendiri aktiviti yang tidak bermoral ini.

Untuk setiap pembelian PS5, kedai tersebut akan menuliskan nama penuh pembeli di atas kotak PS5 masing-masing.

Berita ini dilaporkan oleh satu akaun Twitter dari Jepun, @kaz__kun, kemudian diterjemah oleh @aevanko.

Menurut tweet itu lagi, kedai itu akan menggunakan kedua-dua ball-point pen dan marker pen. Bermakna, walaupun ada yang cuba untuk memadamnya, kesan pen itu akan terus kekal, tetap menampakkan nama pembeli.

Langkah ini mungkin tidak memberikan sebarang impak kepada pembeli yang mendapatkan PS5 untuk diri sendiri, namun tentunya akan menyukarkan scalper untuk menjual semula konsol itu kerana kotaknya sudah siap tertulis namanya.

Malah, dari perspektif pembeli (yang beli dari scalper) pula, takkanlah mereka ingin membeli sebuah PS5 yang kotaknya sudah tertulis nama orang lain.

Apa pandangan korang? Satu langkah yang baik dari kedai di Jepun ini? Perlu diikuti oleh kedai-kedai game tempatan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Konami Janji Keluarkan Kemaskini eFootball 2022 Pada 28 Oktober, Baiki Isu-Isu Yang Dilaporkan

Sony Buang Penggunaan Kad Kredit, Debit, PayPal Di PS3, PS Vita