in ,

Kedai Di Kanada Turut Jual PS5 Dengan Bundle Bersama TV, Aksesori Rasmi Sony

Dalam situasi pandamik pada hari ini, mungkin ia bakal menjadi trend untuk kedai-kedai game menjual PS5 bersama-sama dengan bundle yang menawarkan bermacam lagi barangan tambahan.

Terbaharu, kedai game Costco di Kanada turut menawarkan bundle yang agak menarik. Konsol PS5 didatangkan sekali dengan bundle bersama televisyen 4K 55″ jenama Sony, serta aksesori-aksesori rasmi PS5 — iaitu tambahan satu lagi DualSense, satu HD Camera, satu PULSE 3D Wireless Headset, satu DualSense charging station, satu Media Remote, dan satu game Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.

Semua barangan ini dijual dalam satu bundle dengan harga CAD$2,199.99 (sekitar RM6,897).

Hasil perbincangan di Reddit, beberapa redditor telah membuat perkiraan kasar terhadap bundle ini. Ada yang mengatakan membeli bundle ini akan memperoleh penjimatan sebanyak USD100 (sekitar RM412) berbanding membelinya setiap item dalam bundle ini secara berasingan, dan ada juga yang mengatakan ia mungkin jimat sehingga USD150 (sekitar RM618).

Banyak komen yang memuji bundle daripada Costco ini kerana ia seumpama memberikan tamparan tepat ke muka scalper/reseller yang suka membuat satu perbuatan keji ini — iaitu apabila berjaya membeli awal PS5, mereka akan menjualnya semula pada harga yang jauh lebih tinggi.

Kedai game tempatan di Malaysia ada juga yang menawarkan bundle bersama PS5, iaitu Gamers Hideout. Walau bagaimanapun, kedai penuh kontroversi itu turut menawarkan aksesori-aksesori PS5 dari jenama pihak ketiga, bukan jenama rasmi Sony seperti yang ditawarkan oleh Costco di Kanada ini.

Malah, kos penghantaran yang dikenakan oleh Gamers Hideout juga menimbulkan tanda tanya dan kemarahan para peminat.

PS5 akan dilancarkan sepenuhnya secara rasmi di Malaysia pada 11 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Montreal Terima Panggilan Ancaman Tebusan, Aadi Salman Selamat, Kerja Dari Rumah

Beberapa Pemain Laporkan Ada Bunyi ‘Buzzing’ Keluar Dari Dalam PS5