in ,

Kebolehan Mod Untuk Fallout 4 Akhirnya tiba Ke PlayStation 4

Fungsi ini pastinya dinanti-nanti oleh peminat Fallout 4 di PS4!

fallout-4-mod-coming-to-ps4

Kebolehan untuk memasukkan mod ke Fallout 4 ke PS4 akhirnya tiba bersama patch 1.8 walaupun menemui kegagalan dalam perbincangan dengan Sony sebelum ini. Namun begitu, harus diingatkan bahawa terdapat had pada size mod yang di-download dan ia dijangka menyerupai pada had yang terdapat pada Skyrim iaitu pada saiz 1GB sahaja.

Bethesda ada menyatakan mereka masih dalam perbincangan untuk mendapatkan saiz yang lebih besar untuk kebolehan mod ini.

Berita baik untuk pemilik-pemilik PS4 Pro, Fallout 4 juga akan menerima update untuk grafik 4K dan sistem pencahayaan.

https://twitter.com/BethesdaStudios/status/798918942492360704

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Persona 5 Ditunda Ke April Dan Bakal Mempunyai Fungsi Dual-Audio

Filem The Last of Us Kini Tergendala Disebabkan Naughty Dog Dan Sony Tidak Sependapat