Na’Vi bukan pasukan biasa yang boleh dibubarkan kerana kekalahan yang dihadapi. Mereka adalah salah satu pasukan yang original dalam dunia DotA untuk muncul dalam pro-scene. Tidak terlupa mereka adalah juara TI 1.

Jadi, apa pertukaran yang dibuat oleh Na’Vi untuk kualifi ke arah The International 2018? Adakah pertukaran ini boleh membangkitkan semangat peminat Na’Vi?

Sejak berakhirnya TI7, kebanyakan pasukan membuat roster shuffle dan Natus Vincere (Na’Vi) telah rekrut Vladislav “Crytallize” Krystanek yang mengambil role carry dan Vladimir “RodjER “Nikogosyan role support ke dalam roster mereka. Na’Vi tidak berapa aktif pada tahun 2013 hingga ke 2014 kerana roster yang tidak seberapa padan, tetapi pertukaran roster ini telah membuktikan kebangkitan Na’Vi yang telah menggegarkan DotA 2 baru-baru di feed e-Sports.

Mereka telah menyertai beberapa pertandingan LAN seperti Perfect World Masters, AMD SAPPHIRE Dota Pit dan ESL One Hamburg 2017 .

Walaupun mereka menjadi naib juara di Perfect World Masters apabila bertarung dengan Vega Squadron, semangat mereka untuk bertarung hingga ke Grand Finale sangat membara. Ini telah berlaku pada beberapa series pertandingan DotA sebelum ini. Roster ini berpotensi untuk memaju ke arah TI8 dan adakah roster ini boleh diasahkan lagi untuk dapat melawan dengan juara TI7, Team Liquid?

JomKomen!