in ,

Keanu Reeves Tak Setuju Bawa Masuk John Wick Atau Neo Dalam Mortal Kombat

Antara idea gila-gila yang pernah difikirkan oleh para peminat Keanu Reeves adalah membawa masuk dua watak ikoniknya, John Wick dan Neo dari siri The Matrix, ke dalam siri game Mortal Kombat.

Persoalan ini telah ditanyakan kepada beliau sendiri dalam satu temu ramah bersama Esquire.

“Sekiranya ia terpulang kepada kamu, adakah kamu akan membenarkannya untuk berlaku?”, tanya pihak Esquire.

“Kalau ia terpulang kepada saya? Tidak,” jawab Reeves tanpa perlu berfikir panjang. “Mortal Kombat sangat mengagumkan dalam banyak caranya. Tapi saya fikir, kamu tahu, Neo.. John Wick.. iyalah, itu semua memiliki nilaninya tersendiri. Mortal Kombat ada nilainya tersendiri.”

Francais Mortal Kombat dan The Matrix berada di bawah satu syarikat sama, iaitu Warner Bros, membuatkan impian ini mungkin ada logiknya, manakala John Wick pula dimiliki oleh Lionsgate, membuatkan ia lebih sukar untuk direalisasikan.

Walau bagaimanapun, semua kandungan rentas media ini tidak akan berlaku sekiranya ia tidak mendapat kebenaran daripada Reeves sendiri untuk melakonkan suaranya atau menggunakan model fizikalnya.

Bos NetherRealm dilaporkan pernah mendedahkan yang beliau berhasrat untuk menampilkan Neo dan John Wick sebagai karakter undangan dalam Mortal Kombat 11, namun tidak menyatakan sebab mengapa ia tidak berjaya.

Namun, kehadiran Neo dan John Wick dalam arena video game bukanlah sesuatu yang asing. Neo ada dalam Enter the Matrix, The Matrix Online dan The Matrix: Path of Neo. Manakala John Wick pula ada dalam John Wick Hex.

Apa pula pandangan korang? Adakah sesuatu yang bagus untuk menampilkan Neo dan John Wick ke dalam siri game Mortal Kombat?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kojima Tunjukkan 48 Minit Gameplay Death Stranding, Memperlihatkan Interaksi Multiplayer

Hideo Kojima Mengacah Projek Baharu, Mungkin Norman Reedus Masih Terlibat

Sony Buang Mode Multiplayer Dalam Uncharted 4 Versi PS5, PC