Keanu Reeves Hampir Terlibat Dalam Death Stranding, Tapi Kojima Mahukan Mads Mikkelsen

Berita tentang keterlibatan Keanu Reeves dalam industri gaming pada tahun ini nampaknya masih belum reda.

Semasa menjadi panel di San Diego Comic-Con untuk bercakap tentang game akan datangnya, Death Stranding, Hideo Kojima telah mendedahkan sesuatu yang agak menarik.

Kojima telah mendedahkan bahawa pada asalnya pasukan pembangunan mereka mencadangkan watak Cliff dimainkan oleh Keanu Reeves. Walau bagaimanapun, Kojima telah menolaknya dan mahukan watak itu dibawakan oleh Mads Mikkelsen.

Sekiranya korang mengikuti sejak lama akaun media sosial Kojima, pastinya korang tahu bahawa beliau cukup meminati Mikkelsen. Jadi, pengambilannya dalam game ini sememangnya sesuatu yang tidak mengejutkan.

Tetapi, cuba korang bayangkan kalau Kojima menerima cadangan untuk mengambil Keanu Reeves dalam game ini. Pastinya cukup menarik untuk disaksikan beliau tampil dalam dua game AAA yang amat dinantikan — Death Stranding dan Cyberpunk 2077.

Death Stranding akan dilancarkan pada 8 November 2019, eksklusif untuk PS4.

Terima kasih, DualShockers.

JomKomen!