in ,

KBS Umumkan Esports Integrated (ESI) – Pelan Esukan Nasional Yang Lebih Mampan Dan Inklusif

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia, dengan kerjasama Impact Integrated, telah mengumumkan Esports Integrated (ESI) — sebuah inisiatif ekosistem untuk mendorong pertumbuhan dan kepelbagaian dalam industri esports tempatan yang lebih rancak, mampan dan inklusif.

Melalui kenyataan akhbar yang disiarkan, empat kunci utama menjadi tonggak dalam pembangunan ekosistem esports ini, iaitu:

  1. Sebuah platform digital yang digunakan sebagai pusat ekosistem esukan negara merangkumi fungsi ‘tournament engine’ secara online.
  2. Melancarkan Litar Esukan Malaysia yang terdiri daripada Kejohanan Esukan Malaysia dan Liga Esukan Malaysia dengan sistem pengumpulan mata yang berpusat di platform.
  3. Menjalankan Siri Persidangan Esukan sebagai acara tahunan dengan edisi pertama yang dijadualkan pada akhir tahun ini. Persidangan selama 2 hari tersebut bertujuan menyediakan peluang mengembangkan rangkaian dan berfungsi sebagai platform yang digunakan untuk perbincangan, menuju ke sidang kemuncak skala yang lebih besar yang menarik pelaku industri serantau pada tahun-tahun yang akan datang.
  4. Menyokong rangka kerja dan garis panduan yang lebih baik untuk mendorong perubahan positif dalam industri.

Sebahagian daripada rancangan jangka masa panjang untuk Pelan Esukan Nasional, ESI juga akan menjalankan program Pembangunan Kapasiti yang dijadualkan bermula pada tahun 2021 di mana program ini akan memberi
tumpuan yang lebih baik kepada penganjur kejohanan, penganjur acara, pengurus pasukan dan jurulatih untuk menaiktaraf industri esukan profesional negara.

ESI juga mendedahkan bahawa mereka akan membina sebuah hab esukan rasmi milik KBS di Spacerubix, Puchong — dijangka siap dibina pada tahun 2021. Hab tersebut bukan sekadar tempat kejohanan atau acara sahaja, malah ia akan menjadi pusat latihan bagi pemain amatur dan profesional, jurulatih serta pemain industri.

Ketika merasmikan ESI di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, berkata, “KBS telah menyerahkan mandat kepada Impact Integrated untuk menerajui ESI bagi memangkin pertumbuhan industri esukan yang rancak, mampan dan inklusif di Malaysia.”

“Dengan pembangunan esukan yang rancak di rantau ini, inisiatif ini bukan sahaja dapat mewujudkan peluang untuk meningkatkan kemahiran belia, tetapi juga menyediakan platform untuk belia mengembangkan dan menaiktaraf industri
esukan di negara ini.”

Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated dalam kenyataannya pula berkata, “ESI akan mewujudkan ekosistem esukan yang rancak, mampan dan inklusif serta membolehkan pertumbuhan, memastikan perlindungan dan memupuk kepelbagaian untuk pemain esukan dari segenap pelosok tanah air.”

Korang boleh ikuti perkembangan ESI melalui akaun-akaun rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Musim Ketiga The Witcher Telah Disahkan Untuk Netflix

Fall Guys Season 2 Akan Dilancarkan Pada Khamis Ini, XP Berganda Sekarang

Fall Guys Season 2 Akan Dilancarkan Pada Khamis Ini, Akan Adakan XP Berganda