in , , , , ,

KBS Anjurkan Kejohanan PUBG Mobile Dan Mobile Legends Sempena PKP, Main Di Rumah Masing-Masing

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai pihak memainkan peranan masing-masing dalam memastikan masyarakat umum terus kekal tabah duduk di rumah dalam usaha kita mendatarkan lekuk kes COVID-19.

Terbaharu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan Esukan Malaysia (ESM) telah mengumumkan penganjuran kejohanan secara online untuk dua game, iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends.

Kejohanan Peringkat Negeri akan dilangsungkan terlebih dulu, iaitu pada 9 dan 10 April ini. Kemudian, pada 12 dan 13 April, Kejohanan Peringkat Kebangsaaan pula akan diadakan, yang mana dua pasukan terbaik dari setiap negeri akan layak ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan.

Walaupun hanya dua pasukan terbaik dari Kejohanan Peringkat Negeri yang akan layak ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan, hadiah kemenangan yang disediakan lebih banyak. Berikut ialah apa yang ditawarkan:

Kejohanan Peringkat Negeri

  • JUARA: RM1,000
  • NAIB JUARA: RM500
  • TEMPAT KETIGA: RM350
  • TEMPAT KEEMPAT: RM250
  • TEMPAT KE 5-8: RM100

Kejohanan Peringkat Kebangsaan

  • JUARA: RM3,500
  • NAIB JUARA : RM2,000
  • TEMPAT KETIGA : RM1,500
  • TEMPAT KEEMPAT : RM1,000
  • TEMPAT KE 5-8 : RM500

Semua pautan untuk mendaftar bagi setiap negeri boleh korang dapatkan dari post Facebook di bawah:

Pendaftaran akan ditutup pada 8 April, 6 petang, tetapi korang harus pantas kerana melalui pemantauan kami, beberapa slot negeri sudahpun penuh pendaftarannya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Watak Dalam The Last of Us Di HBO Didedahkan - Ellie, Riley, Tess, Dan Satu Watak Misteri

Pelakon Nathan Drake: “Saya Lebih Teruja Dengan Siri TV The Last of Us Berbanding Filem Uncharted”

Ini Sistem Dalam Cip Xbox Series X, Dihasilkan Di Malaysia

Ini Sistem Dalam Cip Xbox Series X, Dihasilkan Di Malaysia