in , ,

Katapat: Wordle Tapi Teka Perkataan Dalam Bahasa Melayu

Wordle mungkin game ringkas berasaskan browser paling popular ketika ini.

Cara bermainnya amat mudah, setiap hari akan ada satu perkataan (5 huruf) baharu yang perlu diteka. Pemain diberi enam peluang meneka, di mana setiap tekaan akan memberitahu setiap huruf yang diteka itu adalah tepat, berada di kedudukan salah, atau tidak ada dalam perkataan harian itu.

Kini, Wordle telah mengeluarkan versi Bahasa Melayu, digelar Katapat. Perkataan-perkataan yang digunakan menggunakan Kamus Dewan yang disediakan Dewan Bahasa & Pustaka.

Korang boleh mainkan Katapat di pautan ini.

Kalau berjaya teka, jangan lupa kongsikannya di akaun media sosial pilihan korang!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Raikan Tahun Baru Cina Bersama Genshin Impact di Sunway Velocity Mall!

Lagak Ngeri Paling Sukar Pernah Dilakukan, Kata Tom Holland Tentang Babak Kapal Terbang Filem Uncharted