Done claim?

Seperti yang pernah kami laporkan pada tahun lalu, Mobile Legends dijangka mengeluarkan karakter Hang Tuah sebagai salah satu karakter yang mewakili negara Malaysia.

Sejak info acah itu, pemain Mobile Legends, khususnya pemain Malaysia semakin tidak sabar menantikan pahlawan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka itu masuk ke dalam game kegemaran mereka ini. Namun, semakin lama ia semakin sunyi – apa puncanya?

Menurut laporan ggwp.id (via Moshed Gaming), karakter Hang Tuah ini dibatalkan pelancarannya kerana menerima tekanan yang kuat dari para pemain negara seberang, Indonesia. komuniti Mobile Legends dari Indonesia telah mendesak melalui petisyen sehingga ia menjadi kontroversi menyebabkan Moonton terpaksa menangguhkan karakter Hang Tuah.

Apa yang menjadi fokus utama dalam bantahan mereka ini? Ia adalah kerana keris yang digunakan oleh Hang Tuah. Mereka menuntut bahawa keris merupakan sebuah senjata yang berasal dari Indonesia.

Penundaan (atau mungkin pembatalan) karakter Hang Tuah dikatakan diambil setelah mengambil kira aspek bisnes, menurut Youtuber Ask Vell. “Untuk pengetahuan anda, Mobile Legends mendapat hasil keuntungan paling banyak dari Indonesia. Jika rakyat Indonesia tidak mahukan sesuatu maka ia tidak akan jadi,” kata Ask Vell.

Dari satu sudut desas desus yang lain pula, ada yang mengatakan bahawa isu ini turut disebabkan sesuatu yang berkait dengan kerajaan Malaysia.

 

Kami telah menghubungi Moonton untuk memberikan komen mengenai perkara ini. Sebarang maklum balas daripada mereka akan kami laporkan di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.