Akhirnya kemahiran menggunakan controller boleh mempertahankan dunia!

Baru-baru ini, kapal selam Tentera Laut AS, USS Colorado telah diperkenalkan dan mula berkhidmat di Connecticut. Menurut USA Today, kapal selam ini turut dilengkapi dengan controller Xbox!

Tentera Laut AS berkata, kapal selam terbaru mereka ini menggantikan periscope mereka dengan tiang layar photonic yang memuatkan kamera beresolusi tinggi dan boleh diputar 360 darjah bagi mendapatkan paparan sekeliling yang kemudiannya disalurkan ke bilik kawalan. Uniknya, teknologi ini dikawal menggunakan controller Xbox 360!

Menurut mereka lagi, teknologi ini menjimatkan perbelanjaan ketenteraan mereka. Tambahan pula, kebanyakan tentera laut mereka berada pada umur yang sudah biasa dan mengenali controller Xbox!

Ada harapan tak untuk kapal selam Malaysia akan nanti memerlukan tentera-tentera laut yang berkemahiran unik mengawal controller Xbox dan PlayStation? Mungkin ini soalan yang boleh dijelaskan oleh  Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan Malaysia!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.