in , , ,

Kandungan The Rise of Skywalker Bakal Tiba Dalam Star Wars Battlefront II Pada Disember Ini

Disember ini, komuniti Star Wars akan digegarkan dengan bermacam aktiviti. Bukan sahaja filem terakhir dalam Skywalker Saga akan ditayangkan, malah game Star Wars Battlefront II akan turut mendapat banyak kandungan.

Pengurus komuniti untuk game ini, Ben Walke telah mengesahkan bahawa bulan Disember nanti akan membawakan pelbagai kandungan baru percuma dalam Star Wars Battlefront II — yang mana kandungan utama yang dibawakan ialah kandungan berkait dengan filem yang akan dikeluarkan pada bulan itu, iaitu The Rise of Skywalker.

Beliau tidak mendedahkan lagi apakah kandungan yang akan disajikan serta belum mengumumkan bilakah tarikh tepat kandungan tersebut akan dikeluarkan. Kebiasaannya, mereka akan membawakan beberapa karakter utama yang menggunakan penampilan dari filem itu, serta map baru dari planet baru dalam filem itu.

Peminat Star Wars jangan lupa pula, bulan ini juga ada sebuah lagi game Star Wars akan dilancarkan, iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order. Game ini akan dikeluarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 15 November.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply
  1. game terheboh terpecaya dan bonus berlimpah….
    mau tauu?? segera aja ke poker165 dan jangan sungkan JOIN NOW

JomKomen!

Loading…

0
Overwatch 2 Diumumkan Blizzard - 10 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Sekuel Game Shooter Ini

Saksikan Hampir 2 Jam Video Gameplay Overwatch 2 Dalam Mode PvE & PvP

#DramaEsportsMalaysia: Kali Ini Pengendali Kejohanan FIFA Tak Terima Bayaran