Menu
in , , , , ,

Kandungan Terbaru GTA Online Mahu Korang Uruskan Kelab Malam, Digelar Nightclubs

Lagi dan lagi kandungan baru!

Kalau korang rasa Grand Theft Auto V Online tidak akan mendapat kandungan baru disebabkan game ini sudah berusia hampir lima tahun dan juga kerana Rockstar akan lebih fokus kepada pembangunan Red Dead Redemption 2, korang pasti silap.

Rockstar baru sahaja mengumumkan kandungan tambahan baru untuk GTA Online, digelar Nightclubs. Tarikan utama dalam DLC kali ini ialah mereka akan menampilkan DJ-DJ terkemuka yang akan menghiasi kelab malam korang seperti Solomun, Tale of Us, Dixon, dan The Black Madonna. Artis-artis ini dikatakan kononnya baru sahaja berpindah ke Los Santos.

Nightclubs adalah misi dan bisnes terbaru yang korang boleh uruskan. Seperti mana dunia sebenar, kelab-kelab malam korang ini akan menjadi muka hadapan kepada kerja-kerja jahat korang di belakang. Pemain akan boleh mengubahsuai kelab malam ini dengan setup, rekaan, menggaji dan menaikkan pangkat pekerja — lebih baik pengurusan kelab malam korang, lebih selamat kerja-kerja yang korang lakukan di belakang kelab malam ini.

Korang boleh saksikan trailer acah untuk Nightclubs di bawah:

Rockstar hanya menyatakan yang Nightclubs akan dibawakan ke dalam GTA Online pada bulan Julai ini, namun tarikh tepat masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version