in ,

Kandungan Percuma Terakhir Play At Home – Item Dalam Rocket League, Call of Duty: Warzone, Banyak Lagi

Sony menutup kempen Play At Home 2021 dengan memberikan lebih banyak kandungan percuma kepada semua pemain PlayStation.

Bermula 18 Mei 2021, 11 pagi hingga 7 Jun, 2:59 petang (waktu Malaysia), para pemain PS4 dan PS5 boleh mendapatkan kandungan-kandungan dalam game seperti berikut:

Rocket League: PlayStation Plus Pack – mengandungi empat item pengubahsuaian unik termasuk Blue Notch Wheels, Blue Smoke Boost, Blue Rocks Trail, dan the Trimpact BL Player Banner.

Brawlhalla: Brawlhalla: Play at Home Pack – mengandungi Rayman Legend Unlock, Sir Rayelot Skin dengan Axe dan Gauntlet Weapon Skins, Shrug Emote dan Grimm Sidekick.

Destruction AllStars: 1,100 Destruction Points.

MLB The Show 21: 10 The Show Packs.

NBA 2K21: Play at Home Pack – mengandungi MyTEAM Series 2 Amethyst Damian Lillard, 5,000 MyTEAM Points dan banyak lagi.

Rogue Company: Play at Home Pack – mengandungi Kyoto Undercover Ronin Outfit dan 200 Rogue Bucks.

World of Tanks/World of Warships: Dua kali Courage Pack For World of Tanks: Modern Armor, bundle ini mengandungi lima x1.5 Silver Boosters, lima x2 XP Boosters, 7 hari Premium Account dan banyak lagi. Untuk World of Warships: Legends, bundle ini mengandungi Tier III battleship Arkansas, 7 hari Premium Account dan 5x Rare Boosters untuk kesemua lima jenis.

Warframe: Starter Bundle – mengandungi 100 Platinum, 100,000 Credits, 7 hari Affinity Booster, Essential Base Damage Mod Bundle dan banyak lagi.

Kemudian bermula 21 Mei 2021, 1 pagi hingga 7 Jun, 2:59 petang, para pemain boleh dapatkan lima token 60-minit Double XP dalam Call of Duty: Warzone. Dapatkannya di bahagian Message of The Day.

Dalam kempen yang sama, Sony telah memberikan Horizon Zero Dawn Complete Edition secara percuma kepada semua pemain PlayStation. Bagi yang belum, korang masih ada masa sehingga 15 Mei, 11 pagi untuk masukkannya ke dalam Library dan ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Sama-sama kita duduk rumah dalam suasana yang amat menyukarkan ini dan jom gaming!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Umumkan 2 Warna Baharu Untuk Controller PS5, DualSense – Midnight Black Dan Cosmic Red

Ninja Dedahkan Pernah Jana Lebih RM20 Juta Sebulan Melalui Fortnite Creator Code