Developer Rocket League, Psyonix nampaknya sudah bersedia dari segi teknikal untuk menjayakan cross-play antara platform!
Naib Presiden Psyonix, Jeremy Dunham dalam temu ramah bersama Gamespot telah mengesahkan bahawa, di pihak mereka, segala persiapan dari segi teknikal telah siap untuk melakukan cross-play antara Xbox One dan PS4. Mereka sudah berjaya menemui teknologi yang mampu menghubungkan kedua-dua platform ini.
Apa yang menghalang mereka kini hanyalah polisi undang-undang dari kedua-dua pihak Microsoft dan Sony.
Sekiranya cabaran ini dapat diatasi, ia bakal menjadikan Rocket League game pertama yang menyokong cross-play antara Xbox Live dan Playstation Network.
Dunham menambah, pihak Psyonix sekarang sungguh teruja untuk menyokong feature ini. Apabila lebih banyak platform dapat digabungkan, bermakna komuniti game ini akan bertambah besar. Dan apa yang membuatkan mereka sangat teruja adalah komuniti yang besar bakal membenarkan mereka untuk menambah lebih banyak content baru dalam skala yang kerap, merentasi kesemua platform.
Memetik kata-kata beliau:
“The more people you have to throw in there, the less likely that psychological anomaly will kick in. Then you have the actual reality of it, which is, more players, for everyone, means more games, and more games means more participation and community feedback, which we can then put into the game as a whole and not have to worry about siloing off certain features of certain platforms because this version doesn’t have it, or whatever the situation may be.”
Pada masa kini, Rocket League telah menyokong cross-play antara PC dan PS4, dan pada patch yang seterusnya, mereka akan membenarkan pemain di PC dan Xbox One pula untuk main bersama.
Sebelum ini, pihak Microsoft telah membuat kejutan dalam dunia gaming apabila mengajak platform-platform lain sama-sama melakukan cross-play.
Kemudian, pihak Sony, telah mengatakan bahawa sekiranya ingin menyokong feature ini, ia tidaklah sesukar yang disangka.
JomBaca: Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan PS4.5, Dengan Kemampuan Resolusi 4K
Comments
Loading…