in , ,

Kabaret: Game Novel Visual Dari Pembangun Malaysia, Bawakan Pelbagai Mitos Nusantara

Kabaret merupakan sebuah game bergenre novel visual yang dibangunkan oleh studio pembangunan yang berpangkalan di Malaysia, Persona Theory Games.

Kekuatan utama yang dipaparkan dalam game ini ialah ia mengetengahkan elemen-elemen mitos dan karakter-karakter dongeng Asia Tenggara, atau lebih spesifiknya Nusantara.

Trailer terbaharu yang dikeluarkan telah memperlihatkan seni konsep wayang kulit yang mengingatkan kita tentang manusia yang tidak lagi ‘menghormati’ laut. Trailer ini juga membawakan runut bunyi daripada Sambasunda dari Indonesia.

Jom layan:

Versi demo untuk Kabaret sudah boleh dimuat-turun sekarang di Steam.

Kabaret dijadualkan akan dilancarkan pada Ogos 2021, dan korang boleh letakkan dalam Wishlist terlebih dulu.

Baca lebih lanjut tentang pembangunan game ini di laman web rasmi mereka.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Semoga Berjaya, Pra-Tempah PS5 Kali Ke-5 Dibuka Sony Malaysia Tengah Malam Ini

Lagi Eksklusif PlayStation, Days Gone Dilancarkan Ke PC Mei Ini – Photo Mode, Ultra-Wide, Grafik Lebih Baik