Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Lebih 500 tahun dahulu, Laksamana Hang Tuah pernah difitnah melakukan sesuatu perbuatan yang beliau tidak lakukan. Sahabat karibnya, Hang Jebat yang menyangkakan Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman mati atas fitnah itu telah mengamuk di Istana Melaka bagi menuntu bela kematian sahabatnya itu.
Tetapi kini, pada zaman moden ini, apabila nama Datuk Laksamana Hang Tuah terpalit dengan satu tuduhan yang tidak berasas, siapa pula yang akan mempertahankan nama baik pahlawan tersohor kesayangan kita ini?
Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, karakter Hang Tuah dalam Mobile Legends (ML), yang mana telah dirancang pengenalannya sejak tahun lalu lagi, kini dilaporkan telah dibatalkan. Pembatalan (atau mungkin penundaan) ini dikatakan berpunca daripada desakan komuniti ML dari Indonesia yang tidak mahu Hang Tuah menggunakan ‘senjata asli Indonesia’ dalam game ini.
Terkini, komuniti ML Malaysia yang agak terkilan dengan desas-desus ini telah mencipta satu gerakan khas untuk memberikan mesej kepada Moonton dalam isu ini. Dibangkitkan oleh Saziman Nor, beliau mahu Moonton turut mendengar maklumbalas dari komuniti mereka juga, bukan mendengar dari satu-satu komuniti sahaja.
Melalui penularan hashtag #Justice4Tuah, komuniti Malaysia mahu isu pembatalan hero Hang Tuah ini dapat diselesaikan dengan segera dalam cara terbaik. Mengucapkan battlecry yang penuh bersemangat, ini kata-kata beliau:
#Justice4TUAH
UNTUK SEMUA WARGA MLBB MALAYSIA..
TERMETERAILAH HARI INI..
KEADILAN HARUS DIPERJUANGKAN..
BERLIPAT LENGAN BERPAUT DAHAN,
TEDUHAN RIMBUN PAYUNGAN HUJAN,
PATAH SAYAP BERTONGKAT TANGAN,
SUARA KITA HARUS DITEGAKKAN.AlKisah..
Saya minta rakan2 seperjuangan MLBB..
Sebarkan hashtag #Justice4TUAH..
MLBB bukan sahaja setakat game..
Tapi wadah sukan masa kini..
Yang memberikan kita ruang perkongsian dan persaingan yang sihat sesama antara kita..
Tempat kita merasa bangga dengan jati diri kita..Budaya kita..
Maka..
Tak salah jika kita perjuangkan..
Ini maruah kita..Ini kebanggaan kita..
Kenapa mesti kita tunduk pada ego Sang Garuda di langit..
Kita HARIMAU RAJA DI HUTAN..
Sampai bila kita sembunyikan suara kita..
TARING KITA..BERLENGAH JALAN DI PETANG KALA..
MENCARI ULAM DIBAWA KERANJANG..
JANGAN DIAM JANGAN PUTIH MATA..
MENANTI KITA JUGA RENDAH DIPANDANG..
Menularkan hashtag #Justice4Tuah ini bukan satu-satunya tindakan yang beliau lakukan untuk menekan Moonton. Malah, beliau turut menghantar emel ke pihak Moonton untuk memperjelaskan hasrat yang terbuku di hatinya dengan lebih mendalam. Di bawah adalah screenshot daripada emel yang beliau telah hantarkan:
Selain desakan dari komuniti Indonesia, ada juga laporan yang mengatakan bahawa isu karakter Hang Tuah dalam Mobile Legends ini disekatkan oleh kerajaan Malaysia atas sebab-sebab tertentu.
Seperti laporan sebelum ini, kami telah mendapatkan Moonton untuk memberikan komen tentang isu ini. Namun, masih belum ada maklumbalas daripada mereka. Segala maklumat terkini akan kami laporkan di JomGaming.