Goose Goose Duck. Mungkin ada daripada korang tak pernah dengar pasal game ni. Tapi tahukah korang game ini tersenarai dalam Most Played di Steam? Apa sebabnya?
Goose Goose Duck berada di tempat ketiga dalam senarai game Steam yang paling banyak dimain semalam, berjaya mencapai 563,677 jumlah pemain. Game free-to-play itu berjaya memotong PUBG: Battlegrounds, Call of Duty: Modern Warfare 2 dan Apex Legends.
Pembangun Goose Goose Duck, Gaggle.fun harus berterima kasih kepada populariti artis K-pop BTS atas kejayaan berjaya mencapai jumlah pemain yang ramai.
Game itu dilancarkan pada bulan Oktober 2021, selepas 6 bulan berada dalam Early Access. Pemain bermain sebagai seekor angsa yang cuba mencari seekor itik menyamar sebagai angsa di antara pemain-pemain lain. Pada bulan Februari tahun lepas, ia mempunyai seramai 21,362 pemain menurut data Steamcharts.

Tapi pada November tahun lepas, V atau nama sebenar Kim Taehyung dari kumpulan BTS mula melakukan penstriman game Goose Goose Duck menerusi pelbagai jenis platform aplikasi sosial termasuk Weverse.
Goose Goose Duck menjadi hit dalam sekelip mata. Dari jumlah 6,000 pemain semasa pada pertengahan November terus naik kepada 130,000 pemain semasa sebulan kemudian. Jumlahnya semakin bertambah pada akhir tahun.

Walau bagaimanapun, kejayaan itu menyebabkan berlaku masalah server game pada 2 Januari kerana lambakan pemain.
Apa yang menariknya, jumlah pemain Goose Goose Duck yang paling ramai berada di Asia. Menurut Steamcharts, jumlah pemain meningkat pada waktu petang di Korea berlawanan dengan jumlah yang lebih rendah pada waktu siang di Amerika Utara.
Goose Goose Duck kini boleh dimainkan secara percuma di PC (Steam), iOS dan Android.
Cool. I spent a long time looking for relevant content and found that your article gave me new ideas, which is very helpful for my research. I think my thesis can be completed more smoothly. Thank you.