Para pemain Fortnite tidak lagi membelanjakan wang mereka untuk kandungan tambahan dalam game seperti mereka lakukan seperti dulu.

Perbelanjaan dalam game atau microtransations dalam Fortnite telah berkurangan sejak permulaan tahun 2019, menurut apa yang dilaporkan oleh kumpulan penganalisis SuperData Research.

Sejak bermulanya tahun 2019 hingga bulan September, jumlah perbelanjaan Fortnite dari kesemua platform yang ada — PC, konsol dan mobile — gagal untuk melepasi angka USD100 juta.

Walau bagaimanapun, Fortnite masih tetap kekal sebagai game paling banyak membelanjakan microstransactions jika dibandingkan dengan game-game lain — iaitu meliputi sebanyak 8 peratus gamers telah membelanjakan wang mereka dalam game battle royale itu. Takhta ini dikongsikan bersama Call of Duty: Black Ops 4 yang juga merangkumi 8 peratus.

Dalam carta pai di bawah pula, statistik menunjukkan 51 peratus gamers tidak membelanjakan wang mereka untuk kandungan tambahan. Pecahan carta ini juga menunjukkan berapakah peratusan jumlah wang yang gamers belanjakan untuk microtansactions.

Apa yang lebih menarik ialah graf di bawah menunjukkan platform manakah yang lebih gemar membelanjakan microtransaction. Dari Januari 2018 hingga September 2019, platform mobile sentiasa mencatatkan jumlah microtransaction bulanan tertinggi, iaitu melebihi USD4.08 billion. Manakala PC dan konsol masing-masing menduduki kedudukan kedua dan ketiga dengan jumlah melebihi USD2.08 billion dan USD0.08 billion.

Korang di pecahan gamers yang mana satu? Lebih gemar ataupun tidak membelanjakan wang untuk mendapatkan kandungan tambahan dalam game yang sudahpun korang beli?

Bacaan lanjut untuk statistik penuh boleh dapatkan di sini.

Terima kasih, VG247.

JomKomen!