in , ,

Judul Rasmi Disahkan, Ini Gameplay Pertama God of War Ragnarok – Kratos Dan Blade of Chaos

Dalam acara PlayStation Showcase 2021 yang diadakan awal pagi tadi, Sony telah mengesahkan judul rasmi game akan datang daripada Santa Monica serta memperlihatkan gameplay pertamanya.

Seperti yang telah digunakan umum sebelum ini, God of War Ragnarok merupakan judul rasminya.

Trailer terbaharu ini telah menggabungkan beberapa babak sinematik serta gameplay. Menariknya, Santa Monica tidak teragak-agak untuk memperlihatkan aksi Kratos dengan senjata Blade of Chaos, sesuatu yang diperkenalkan semula dalam God of War (2018) — antara spoiler utama dalam game tersebut.

Menurut kenyataan di PlayStation Blog, God of War Ragnarok menggunakan latar masa beberapa tahun selepas game reboot pertamanya itu, dan kita dapat lihat Atreus sudah memasuki usia remajanya.

Trailer ini juga memaparkan konflik antara Kratos dan Atreus untuk mencari erti sebenar tujuan hidup anaknya itu dan kaitannya dengan Loki.

Dua watak antagonis yang dikongsikan dalam trailer ini adalah Freya dan Thor, iaitu karakter yang diacah pada babak terakhir God of War.

Akhir sekali, Santa Monica mengesahkan yang God of War Ragnarok akan dilancarkan pada tahun 2022, namun belum ada tarikh tepat, untuk PS5 dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Death Stranding Director’s Cut Keluarkan Trailer Terakhir Yang Disunting Sendiri Oleh Hideo Kojima

Marvel’s Wolverine Diumumkan, Dibangunkan Oleh Insomniac Games Untuk PS5