Pada Februari lalu, EA telah mengesahkan yang mereka sedang membangunkan sebuah game Plants vs. Zombies terbaru. Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan. Ramai menjangkakan yang ia merupakan Plants vs. Zombies: Garden Warfare 3.

Terkini, EA didapati telah mendaftarkan tanda dagang (trademark) ‘Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville’ di pangkalan data European Union Intellectual Property Office (EUIPO). Namun, tiada info tambahan melalui pendaftaran ini di laman rasmi EUIPO.

Dalam pendedahan pada Februari lalu itu, mereka mengesahkan yang game tersebut akan dilancarkan ke PC dan konsol. Pada bulan lalu pula, EA ada menghantar jemputan untuk menjemput beberapa pemain terpilih untuk mencuba game shooter yang diberikan nama kod ‘Picnic Closed Alpha’.

Kemungkinan besar ‘Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville’ ini merupakan game ‘Picnic’ tersebut. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Gematsu

JomKomen!