Walaupun sudah memasuki tahun kelima pelancaran, The Witcher 3: Wild Hunt tidak menunjukkan sebarang petanda untuk jualannya semakin merudum.
Terbaharu, CD Projekt Red telah berkongsikan laporan kewangan untuk tahun 2019. Pada tahun lalu sahaja, kira-kira 7 juta unit The Witcher 3 telah terjual merangkumi kesemua platform yang dilancarkan — iaitu PC, PS4, Xbox One dan Switch.
Ia sekaligus menjadikan 2019 sebagai tahun kedua terbaik selepas 2015, iaitu tahun game ini dilancarkan, yang mana pada tahun pelancaran itu dulu, jualan sebanyak kira-kira 9.5 juta unit telah dicatat.
Pastinya kejayaan tahun 2019 ini disebabkan oleh dua faktor utama. Pertama, ia merupakan tahun pertama game ini dilancarkan ke Switch, yang mana ia terus mewakili 11 peratus daripada jualan keseluruhan pada tahun itu berbanding Xbox One yang hanya mewakili 10 peratus.
Di bawah ialah pecahan jualan The Witcher dari tahun 2015 hingga 2019 mengikut platform:
Keduanya, kejayaan tahun 2019 pastinya turut dipengaruhi oleh penerbitan siri televisyen The Witcher di Netflix. Walaupun CDPR tidak terlibat secara langsung dengan siri TV ini, namun ia semestinya sedikit sebanyak telah mempengaruhi francais The Witcher itu secara keseluruhan. Dalam kata lain, selepas tertarik dengan siri TV di Netflix, penonton ingin meneruskan pengembaraan The Witcher mereka melalui video game pula.
Adakah korang salah seorang yang membeli The Witcher 3 pada tahun 2019? Apakah yang mempengaruhi korang?
Terima kasih, Destructoid.
Comments
Loading…