Selepas mulanya tayangan The Witcher di Netflix, kesemua media yang berkait dengan francais itu telah terkena tempiasnya, seperti peningkatan jumlah pemain The Witcher 3 dan cetakan semula yang banyak untuk buku-bukunya.
Terbaru, satu laporan telah muncul mendedahkan bahawa jualan video game The Witcher 3: Wild Hunt, yang dibangunkan CD Projekt Red, telah meningkat sebanyak 554 peratus sejak siri TV itu mula ditayangkan di Netflix.
NPD Group melaporkan bahawa dibandingkan semasa Disember 2018, Disember 2019 menyaksikan peningkatan sebanyak 554% jualan game edisi fizikal ini dikesemua platform yang ada. Sebagai ingatan, The Witcher di Netflix juga bermula pada Disember 2019, menandakan ramai yang ingin mencuba game-nya pula selepas menonton siri TV tersebut.
Namun, harus diingat juga bahawa peningkatan jualan ini turut dipengaruhi oleh pelancaran The Witcher 3 di Nintendo Switch pada Oktober 2019. Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyatakan bahawa sekiranya jualan Switch dikecualikan, jualan game tersebut di platform lain turut meningkat sebanyak 63 peratus.
Peningkatan jualan ini hanya dilihat pada bulan yang sama siri TV itu mula ditayangkan. Agak menarik untuk kita ketahui berapakah jualannya pula selepas beberapa bulan ia ditayangkan. Pastinya meningkat lebih tinggi.
The Witcher 3 boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One dan Switch, manakala kesemua lapan episod musim pertama siri TV The Witcher boleh distrim di Netflix.
Comments
Loading…