Jualan The Last of Us Part 1 di United Kingdom meningkat dengan mendadak selepas penayangan siri tv adaptasi game tersebut oleh HBO.
Menurut UK Boxed Charts, lapor GamesIndustry.biz, selain The Last of Us Part 1 dan Fire Emblem Engage, terdapat beberapa buah game yang turut tersenarai dalam carta tersebut.
Jualan Fire Emblem Engage lebih rendah sebanyak 31% dari sekuelnya yang lepas iaitu Fire Emblem Three Houses. Namun ia masih merupakan siri pelancaran kedua terbesar di UK.

FIFA 23 jatuh di tangga kedua dan God of War Ragnarok berada di tempat ketiga dengan penurunan sebanyak 26%. Mario Kart 8: Deluxe kekal di tangga keempat dengan peningkatan jualan sebanyak 3% dari minggu ke minggu. Call of Duty: Modern Warfare 2 berada di tempat kelima.
Walau bagaimanapun, apa yang paling mengejutkan adalah The Last of Us Part 1. Kembali berada di tangga ke-20 dengan peningkatan jualan sebanyak 238%. Perkara itu berlaku tentunya disebabkan siri TV HBO yang baru ditayangkan.
Versi PS4 The Last of Us: Remastered juga kembali masuk ke dalam carta di tangga ke-32 dengan peningkatan jualan sebanyak 322%.
Thank you for your shening. I am worried that I lack creative ideas. It is your enticle that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me? https://accounts.binance.com/en/register-person?ref=P9L9FQKY