Jualan PlayStation 5 telah melepasi 20 juta unit di seluruh dunia, lapor GamesIndustry.biz.
Jumlah jualan ini berjaya dicapai dalam tempoh 18 bulan konsol itu pertama kali dilancarkan pada November 2020. Sony berjanji untuk terus mempercepatkan produksi pada tahun ini.
“Kepada peminat yang masih belum berjaya mendapatkan konsol ini, harap maklum bahawa kami sedang merancang sebuah peningkatan yang signifikan dalam produksi PS5 pada tahun ini dan kami sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan yang PlayStation 5 tersedia untuk semua orang yang inginkannya.”
Secara tepatnya, PS5 berjaya melepasi 20 juta unit jualan ini dalam tempoh 18 bulan 22 hari (568 hari). Sebagai perbandingan, PS4 berjaya mencapai rekod sama dalam masa hanya 15 bulan 14 hari (471 hari).
Harus diingat, sebelum ini, PS5 berjaya mencapai 10 juta unit jualan lebih pantas daripada yang dicapai PS4. Namun, disebabkan isu bekalan stok yang masih berterusan, momentum jualan PS5 nampaknya sedikit merudum.
Sama-samalah kita nantikan sama ada Sony akan berjaya mempertingkatkan produksi PS5 dengan signifikan ataupun tidak pada tahun ini.
Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.