in , ,

Jualan Musim Cuti Akhir Tahun Tiba Di PlayStation Store Dengan Diskaun Sebanyak 50%

Dapatkan game-game terbaik PlayStation tahun ini dengan harga termurah!

Sempena sambutan Krismas dan bakal menjelang masuk ke tahun 2018, PlayStation Asia mengadakan jualan besar-besaran akhir tahun bagi game seperti Horizon Zero Dawn, Assassin’s Creed Origins dan Star Wars Battlefront II.

Korang boleh menikmati potongan harga berbaloi-baloi dengan diskaun mencapai 50% sehingga 80% untuk game yang anda inginkan. Lebih-lebih lagi, pelanggan PS Plus juga mendapat diskaun tambahan untuk sesetengah game.

Berikut adalah senarai game-game gempak dilancarkan pada tahun ini yang mendapat potongan harga dalam jualan akhir tahun PlayStation Asia:

  • Assassin’s Creed Origins (RM147 | Harga asal: RM210)
  • Call of Duty: WWII (RM183.50 | Harga asal: RM229)
  • Destiny 2 (RM160.30 | Harga asal: RM229)
  • FIFA 18 (RM109.50 | Harga asal: RM 219)
  • Horizon Zero Dawn: Complete Edition (RM151.20 | Harga asal: RM189)
  • Injustice 2 (RM134.50 | Harga asal: RM269)
  • Persona 5 (RM175.20 | Harga asal: RM219)
  • Star Wars Battlefront II (RM109.50 | Harga asal: RM219)
  • The Evil Within 2 (RM160.30 | Harga asal: RM229)
  • Uncharted: The Lost Legacy (RM104.30 | Harga asal: RM149)
  • Wolfenstein II: The New Colossus (RM160.30 | Harga asal: RM229)
  • …dan banyak lagi game!

Tawaran jualan akhir tahun ini berlangsung selama dua minggu bermula dari sekarang sehingga ke 8 Januari 2018.

Korang boleh berkunjung ke laman PlayStation Asia untuk memulakan semakan game yang korang sukakan. Selamat membeli belah!

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pendaftaran Untuk Sesi Beta The Crew 2 Kini Telah Dibuka Untuk PC, PS4 Dan Xbox One!

Per­tubuhan Kesihatan Sedunia Secara Rasminya Mengklasifikasi “Ketagihan Bermain Video Game” Sebagai Penyakit Mental!