Game yang keluar pada tahun 2013? Takda hal bro!
Dalam laporan mereka kepada pelabur pada minggu lalu, Take-Two telah mengumumkan bahawa jualan Grand Theft Auto V telah melepasi 90 juta unit, menurut laporan DualShockers.
CEO Take-Two, Strauss Zelnick turut mendedahkan bahawa tahun 2017 merupakan tahun terbaik untuk GTA V. Beliau menegaskan bahawa Disember 2017 adalah satu bulan yang ‘epik’ kerana ia mengumpulkan lebih ramai pemain aktif daripada mana-mana waktu sejak ia dilancarkan pada September 2013.
Sebelum ini, mereka telah mengumumkan pada November lalu yang mana jumlah 85 juta unit jualan telah berjaya dicapai. Bermakna, secara kasarnya, 5 juta unit telah berjaya terjual pada musim cuti akhir tahun 2017.
Jualan ini merangkumi kesemua lima platform yang telah dilancarkan, iaitu di PS3, Xbox 360, PS4, Xbox One dan PC. GTA V dilancarkan di PS3 dan Xbox 360 pada tahun 2013, di PS4 dan Xbox One pada 2014 dan di PC pada 2015.
Sekiranya korang terlepas, pada November lalu, GTA V telah memotong Wii Sports sebagai video game ketiga paling laris dalam sejarah jualan video game.
Dua tangga teratas yang masih lagi gah sebagai game paling laris adalah Tetris yang berada di tangga pertama dengan 170 juta unit jualan, dan Minecraft yang berada di kedudukan kedua dengan jualan sebanyak 144 juta unit jualan.
Sejauh mana lagi GTA V mampu menolak jumlah unit jualannya? Korang rasa macam mana?