Jualan game yang berjudul Plague Inc. meningkat secara mendadak selepas tersebarnya Koronavirus dari China.
Plague Inc. merupakan sebuah game simulasi strategi yang memberikan pemain tugas untuk mencipta pelbagai jenis virus yang mampu memusnahkan atau memupuskan kehidupan manusia. Secara kebetulan, trailer game ini memaparkan virus yang dicipta pemain telah disebarkan ke China.
Ini membuatkan jualan game ini meningkat secara mendadak, khusunya di negara Tembok Besar itu, yang mana pada ketika ini satu virus yang boleh membawa maut, dinamakan Koronavirus, tersebar dari China.
Pembangun game ini Ndemic Creations telahpun tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan tentang situasi ini. Mereka mengingatkan tentang Plague Inc. hanyalah sebuah game, dan bukan model saintifik tentang bagaimana satu-satu penyakit itu tersebar.
“Meletusnya Koronavirus di China adalah sesuatu yang membimbangkan dan kami telah menerima banyak soalan dari para pemain dan media,” kata James Vaughan, pencipta Plague Inc, kepada Eurogamer.
“Plague Inc. telah dilancarkan lapan tahun lalu dan apabila adanya penyebaran apa-apa penyakit, kami akan melihat penambahan bilangan pemain, seolah-olah pemain ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana sesuatu penyakit itu tersebar dan ingin memahami betapa kompleksnya penyebaran virus.”
Beliau menyatakan lagi bahawa ya game itu direka untuk menjadi realistik dan dapat memberikan pengetahuan serta mendapat pengiktirafan daripada beberapa badan kesihatan dunia. Walau bagaimanapun, beliau ingin menegaskan bahawa ia bukanlah model saintifik dan mengingatkan orang ramai harus mendapatkan maklumat tentang sesuatu virus yang sedang tersebar melalui pihak berwajib kesihatan berhampiran, bukan dari sesebuah game seperti Plague Inc.
Plague Inc. pertama kali dilancarkan pada tahun 2012 untuk peranti mobile secara percuma. Sekuelnya, Plague Inc: Evolved pula boleh dimainkan di PC, Xbox One, PS4 dan Switch.
BBC melaporkan beberapa hari lepas bahawa Plague Inc. merupakan game paling laku di China di iOS.
Comments
Loading…