in , ,

Jualan Game Di Steam Akan Mula Dikenakan Cukai Oleh Kerajaan Malaysia Bermula Januari 2020

Hari ini merupakan hari pembentangan Belanjawan 2019. Sebentar tadi, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru sahaja mengumumkan sesuatu yang mungkin akan kurang menyenangkan kepada para gamers.

Servis online dari luar negara akan mula dikenakan cukai perkhidmatan oleh kerajaan Malaysia bermula 1 Januari 2020. Antara servis online yang disebutkan beliau ialah Netflix, Spotify, dan gedung jualan game online terbesar dunia, Steam.

Menurut Amanz, penyelia servis online asing tersebut akan diminta untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam tidak lama lagi. Buat masa ini, nilai cukai perkhidmatan yang akan dikenakan masih tidak diumumkan, dan marilah kita sama-sama berdoa agar cukai yang dikenakan tidaklah terlalu tinggi.

Buat masa ini juga, hanya Steam satu-satunya gedung jualan game online yang disebutkan akan dikenakan cukai ini. Apakah gedung-gedung lain seperti PlayStation Store dan Xbox Marketplace juga akan tersenarai? Sama-sama kita tunggu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk November 2018

Diablo Immortal – Bila Blizzard Mula Melangkah Ke Dunia Mobile