in , ,

Jualan Game Asal Titanfall Dihentikan – Respawn Mungkin Mengacah Titanfall 3?

Setelah lebih tujuh tahun dilancarkan, game pertama Titanfall kini telah menemui pengakhirannya.

Respawn Entertainment telah mengumumkan bahawa game asal Titanfall, yang dilancarkan pada 2014, akan dihentikan jualannya di kesemua gudang online bermula hari ini. Game itu juga akan meninggalkan servis-servis langganan pada 1 Mac 2022.

Walau bagaimanapun, server akan terus berjalan seperti biasa untuk para pemain sedia ada bermain online multiplayer.

Kenyataan itu turut menyatakan:

“Jangan bimbang, Titanfall merupakan asas kepada DNA Respawn dan universe yang hebat ini akan terus bersambung. Hari ini dalam Titanfall dan Apex Legends, dan pada masa akan datang.”

Apakah maksud di sebalik “universe yang hebat ini akan terus bersambung”? Apakah game Titanfall seterusnya sedang dalam pertimbangan? Namun ia juga boleh bermaksud kepada Apex Legends — yang tentunya akan disokong untuk bertahun mendatang — yang juga berada dalam universe Titanfall.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus Disember 2021 – Godfall, Mortal Shell, LEGO DC Super-Villains, Judge Eyes

Francais Battlefield Dirombak Besar-Besaran, Kini Diketuai Pengasas Respawn, Akan Bikin ‘Universe Battlefield’